Guru dari Johor pengunjung ke sejuta Menara KL

Mahani (dua, kiri) bersama suami dan anak-anak menunjukkan hadiah dimenangi selepas terpilih sebagai pengunjung ke 1,000,000 bagi tahun ini.
Mahani (dua, kiri) bersama suami dan anak-anak menunjukkan hadiah dimenangi selepas terpilih sebagai pengunjung ke 1,000,000 bagi tahun ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang guru membawa pulang hadiah bernilai RM4,000 selepas menjadi pengunjung kesejuta bagi tahun ini yang mengunjungi Menara Kuala Lumpur (Menara KL), petang tadi.

Ibu kepada tiga anak itu membawa pulang wang tunai RM1,000, baucar makan malam di Restoran Berputar Atmosphere 360, tiket percuma ke Sky Deck dan tarikan-tarikan lain di Menara KL

Mahani Binti Ismail, 49, dari Pasir Gudang, Johor itu tidak menyangka ajakan anak-anak untuk ke menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara itu selepas lebih 10 tahun disambut dengan jambangan bunga dan cenderahati.

"Kebetulan mahu hantar anak pulang ke universiti jadi anak-anak mengajak ke Menara KL, memang tak tahu pengurusan sedang nak raikan pengunjung ke sejuta.

"Nampak banyak kamera tapi tak tahu program apa sehinggalah saya didatangi staf ketika mahu membeli tiket memaklumkan berita gembira itu," katanya.

Menurutnya, dia terkejut dalam dan bersyukur kerana kunjungannnya kali kedua diraikan dengan penuh makna sebagai pengunjung ke 1,000,000 bagi tahun 2018.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Datuk Rozlan Mohamed berkata, majlis tersebut diadakan sebagai tanda pengahargaan kepada pengunjung yang menyokong acara dan aktiviti di Menara KL.

"Setiap tahun kami menerima jumlah pengunjung yang memberangsangkan dan tahun ini kehadirannya tidak mengecewakan.

Artikel Berkaitan:

"Kami berusaha menarik pengunjung tempatan dengan menjadikan Menara KL sebagai destinasi wajib dikunjungi setiap kali ke Kuala Lumpur. Sempena Krismas diskaun 50 peratus bagi tiket ke Sky Deck akan diberikan kepada pengunjung tempatan," katanya.

Sejak 1996, Menara KL menerima 18 juta pengunjung tempatan dan luar negara.