Sultan Perak berkenan berangkat ke Konsert Diraja

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
A
A
A

TANJUNG MALIM - Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyaksikan Konsert Diraja 2019 'Sepanjang Jalan Kenangan' yang berlangsung di sini malam ini.

Keberangkatan baginda berdua diiringi Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama barisan Exco Kerajaan Perak, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Konsert selama 90 minit yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah ini diadakan bersempena Ulang Tahun Keputeraan baginda Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sebanyak 15 buah lagu dipersembahkan oleh kumpulan Okestra UPSI pimpinan Profesor Madya Zaharul Lailiddin Saidon selaku Pengarah Muzik, Pengurus Orkestra, Zamrus Hashim, Pengarah Vokal, Mohd Amri Mohd Zain, dan Pengarah Tari, Abdul Hamid Chan melibatkan 61 pemuzik, 33 penyanyi dan 40 penari.

Antara lagu-lagu yang dimainkan pada malam ini ialah Mentera Semerah Padi, Delailah, Despacito, Avangers Endgame, Sepanjang Jalan Kenangan, O Sole Mia/Kopi Dangdut dan Nyerongen.

Tema konsert 'Sepanjang Jalan Kenangan' pula dipilih sebagai mengimbau kembali perkembangan sebuah institusi pendidikan pertama di Malaysia merentas pelbagai era untuk mencapai kejayaan bermula dari Sultan Idris Training College (SITC) yang diasaskan pada tahun 1922.

Perjalanan hampir 97 tahun ini (SITC-MPSI-IPSI-UPSI) meninggalkan kenangan yang bermakna kepada seluruh alumni keti ka menuntut di institusi yang bergelar Ibu Kandung Suluh Budiman.

Artikel Berkaitan: