Kelewatan pesawat MAS punca Mat Sabu gagal bertemu Tun M di London

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Pejabat Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan kesal dengan kelewatan pesawat Malaysia Airlines (MAS) sehingga menyebabkan menterinya, Mohamad Sabu terlepas temu janji penting dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di London.

“Kesulitan ini amat dikesali dan diharapkan pihak Malaysia Airlines tidak akan mengulanginya pada masa akan datang,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pada 16 Jun lalu, Mohamad Sabu sepatutnya mempunyai temu janji penting untuk bertemu dengan Dr Mahathir.

“Menteri Pertahanan singgah ke London semata-mata untuk bertemu dengan Perdana Menteri dalam perjalanannya untuk lawatan rasmi ke Perancis.

“Akan tetapi, disebabkan kelewatan pesawat Malaysia Airlines MH0002 untuk berlepas selama lebih kurang dua jam 30 minit dari Kuala Lumpur (Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lumpur) pada malam 15 Jun 2019, temujanji yang sepatutnya pada pagi 16 Jun itu gagal berlangsung,” katanya.

Artikel Berkaitan: