Alif Hero Remaja dikata 'mulut longkang'

Alif Muhaimin
Alif Muhaimin
A
A
A

GARA-gara berlakon watak nakal, personaliti Juara Hero Remaja 2017/2018, Alif Muhaimin mula dipersoal oleh para peminatnya.

Kata Alif, peminat menyifatkan watak lakonannya sebagai Roslan menerusi drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad itu sebagai mulut jahat apabila mula menunjukkan belang pada episod ketiga lalu.

“Kebanyakan warga Twitter inilah yang komen kata saya mulut longkang. Bila terjadi macam tu, peminat cakap kenapa saya cakap macam tu?

“Tapi saya jawab, itu watak Roslan bukan Alif, Alif berlakon sahaja tak buat macam tu. Cuma saya bangga dan seronoklah sebab penonton rasa lakonan tu macam betul.

“Lepas ini akan ada banyak lagi drama saya nakal pada episod seterusnya,” katanya kepada Sinar Harian sambil tersenyum.

No Image Caption

Selain Alif, naskhah terbitan produksi Juita Viden Production Sdn Bhd dan arahan pengarah popular Michael Ang, turut dibintangi Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, dan Hamidah Wahab.

Saksikan lakonan Alif setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria 104.

Artikel Berkaitan:

Bakat baharu meningkat naik itu ditemui Sinar Harian ketika menjalani penggambaran drama bersiri Sara Sajeeda terbitan Zeel Production Sdn Bhd.