PKR perlu serius ambil tindakan tegas terhadap Haziq

Amirudin melayan permintaan sebahagian ketua-ketua kampung tradisi Selangor untuk berswafoto dengannya selepas majlis petang tadi.
Amirudin melayan permintaan sebahagian ketua-ketua kampung tradisi Selangor untuk berswafoto dengannya selepas majlis petang tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengambil tindakan tegas terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz susulan pengakuan secara terbukanya terlibat dalam video intim baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, secara peribadi beliau melihat apa yang dilakukan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu sebagai satu perkara yang sangat besar dan serius.

"Dia mengaku melakukan jenayah yang menyalahi undang-undang secara terbuka. Jadi parti juga perlu serius mengambil tindakan tegas terhadapnya," katanya ketika mengulas pertanyaan sama ada Haziq perlu dipecat dari parti atau tidak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis penyampaian watikah pelantikan ketua-ketua kampung tradisi Selangor di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Menurutnya, beliau menghormati tindakan Lembaga Disiplin PKR yang memberi tempoh kepada Haziq untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, selain menunggu keputusan siasatan polis dan pihak berkuasa berkaitan sebelum membuat keputusan selanjutnya.

"Parti mempunyai sebab mereka sendiri, lagipun ada banyak proses yang perlu dilalui dan saya menghormati proses tersebut," katanya.

Sebelum ini, Haziq yang digantung serta-merta daripada jawatan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin diberi tempoh 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan Lembaga Disiplin PKR pada 20 Jun lalu.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Kasim berkata, perkara itu diputuskan pihaknya dalam mesyuarat dan keputusan memberi surat tunjuk sebab kerana Haziq mencemarkan dan berniat merosakkan nama parti.

Artikel Berkaitan: