PH tak perlu ambil tahu soal kerjasama UMNO-Pas

Mohd Fakaaruddin
Mohd Fakaaruddin
A
A
A

MACHANG - Pemuda UMNO Machang membidas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta Pas mengisytiharkan UMNO sebagai parti 'Islam' sebelum menjalin kerjasama politik dengan parti tersebut.

Ketuanya, Mohd Fakaaruddin Ismail berkata, kenyataan tersebut membuktikan kegusaran kerajaan apabila melihat penyatuan ummah antara kedua-dua parti pembangkang itu semakin kuat dan jitu.

Katanya, kerjasama politik antara parti adalah perkara biasa dan ia juga berlaku dalam kerajaan hari ini malah pemimpin DAP, PKR dan Amanah sebelum ini juga pernah memberi pelbagai gelaran kepada Dr Mahathir.

"Adakah gelaran itu perlu ditarik balik apabila mereka bekerjasama dan membentuk kerajaan Pakatan Harapan. UMNO dan Pas telah sama-sama bergerak dan tidak lagi menoleh.

"Cerita-cerita lama termasuk 'kafir mengkafir' tidak lagi menjadi isu kerana kedua-dua parti sudah mencapai kata sepakat dan mempunyai matlamat yang sama iaitu berjuang untuk Islam dan Melayu, seterusnya menawan Putrajaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

ARTIKEL BERKATAIAN: Isytihar UMNO sebagai parti Islam sebelum jalin kerjasama: Tun M

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata Pas seharusnya mengisytiharkan UMNO 'Islam' selepas mengisytiharkan ahli UMNO sebagai kafir sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Muktamar Tahunan Pas ke-65 yang meluluskan usul pimpinan Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama memeterai perjanjian politik dengan UMNO.

Artikel Berkaitan:

Usul itu dibentang oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Mohd Asri Mat Daud, yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan.

Ketika membentangkan usul itu, Mohd Asri berkata, Pas tidak boleh menjalin taawun siyasi (kerjasama demi kepentingan Islam) semata-mata, sebaliknya hendaklah diikuti dengan tahaluf siyasi (muafakat politik).

Tambah Mohd Fakaaruddin, Perdana Menteri seharusnya lebih mengambil berat soal Kabinet kerajaan pada hari ini yang dilihat tidak mesra rakyat dan dilihat huru hara apabila mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak selari dengan kehendak pentadbiran beliau.