Lelaki ditahan miliki 200 karton rokok tanpa cukai

Antara rokok seludup yang dirampas.
Antara rokok seludup yang dirampas.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memiliki 200 karton rokok tanpa cukai di Jalan Nakhoda, Taman Ungku Tun Aminah dekat Skudai, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.25 pagi itu, suspek dikenali sebagai Choy berumur 48 tahun dan beralamat di Jalan Cerong Lanjut, Kuala Terengganu, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, semasa dua anggota cawangan peronda berkereta melakukan tugasan ronda cegah jenayah di kawasan tersebut, mereka telah terserempak suspek menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire.

Toyota Vellfire yang memuatkan rokok seludup.
Toyota Vellfire yang memuatkan rokok seludup.

"Pemeriksaan yang dibuat mendapati terdapat rokok seludup membabitkan 100 karton rokok warna hijau jenama NYX Menthol dan 100 karton rokok warna merah tertulis jenama NYX Filters.

"Suspek telah ditangkap dan kereta yang memuatkan rokok disyaki tanpa cukai turut dirampas," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Taib berkata, suspek dipohon mahkamah untuk tahanan reman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: