Anjing telan 19 puting bayi

Mortimer menelan 19 puting milik anak-anak tuannya.
Mortimer menelan 19 puting milik anak-anak tuannya.
A
A
A

BOSTON - Sebuah hospital haiwan di Boston terpaksa menggunakan x-ray bagi mengetahui punca seekor anjing sering muntah dan mendapati 19 puting bayi di dalam perutnya.

Pusat Perubatan MSPCA Angell Animal berkata, Emily Shanahan, membawa anjingnya bernama Mortimer ke fasiliti terbabit bagi mengetahui punca anjingnya kerap muntah.

Hasil x-ray mendapati terdapat 19 puting bayi di dalam perut anjing bulldog berusia tiga tahun itu dan doktor kemudian melakukan prosedur untuk mengeluarkannya.

"Saya terkejut kerana walaupun mempunyai dua anak kecil di rumah, saya tidak menyangka Mortimer memakan puting mereka," kata Shanahan sambil menambah, Mortimer kini telah pulih sepenuhnya. - upi.com

Artikel Berkaitan: