140 saman dalam Op Samseng Jalanan

Anggota polis sedang memeriksa penunggang dan pembonceng motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Grand Saga, awal pagi tadi.
Anggota polis sedang memeriksa penunggang dan pembonceng motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Grand Saga, awal pagi tadi.
A
A
A

KAJANG - Sebanyak 140 saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuh Raya Grand Saga, awal pagi tadi

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, seramai 110 orang terdiri daripada pelbagai bangsa telah di periksa dalam operasi tersebut.

"Kita turut menahan seorang lelaki berusia 19 tahun untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, (menunggang secara melulu dan berbahaya)," katanya.

Beliau berkata, operasi yang bermula pada jam 12 tengah malam itu diketuai oleh Deputi Superitenden Mohd Hafiz Samsudin bersama seramai lima pegawai dan 63 anggota.

"Kita turut menjalankan ujian saringan air kencing telah dilakukan keatas 12 individu dan hasil saringan air kencing adalah negatif," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung Op Samseng Jalanan boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Kajang di talian 03-87331724.

Artikel Berkaitan: