Mahu BSH, elak cukai punca tidak daftar syarikat

Rina (dua dari kanan) terpegun melihat bakat peserta Wins Kelantan mendandan model mengikut tema yang ditetapkan.
Rina (dua dari kanan) terpegun melihat bakat peserta Wins Kelantan mendandan model mengikut tema yang ditetapkan.
A
A
A

KOTA BHARU - Mahu mengelak cukai perniagaan dan bimbang tidak mendapat bantuan sara hidup (BSH) menjadi antara punca golongan wanita tidak mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menteri Pembangunan Luar bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, berdasarkan statistik usahawan di Kementerian Luar Bandar itu, hanya 27 peratus iaitu 22,671 peniaga daripada 83,968 peniaga seluruh negara ialah wanita.

Rina Mohd Harun
Rina Mohd Harun

Menurutnya, ia tidak menggambarkan hakikat sebenar pembabitan wanita masa kini, sebagai usahawan yang jauh lebih ramai daripada lelaki.

“Setelah kajian dibuat, kita dapat makluman mereka tidak mendaftar dengan SSM, sebab takut dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bimbang tidak berpeluang untuk mendapatkan BSH.

“Kita mahu ubah minda dan sikap usahawan begini, mereka perlu berusaha untuk menjadi usahawan berjaya sehingga mencapai keuntungan jauh lebih banyak daripada BSH,” katanya di sini hari ini.

Rina (dua dari kanan) menyampaikan anugerah kepada Ikon Usahawan, Siti Nor Shazleen Maidin di atas pencapaiannya menghasilkan dan mengeksport telekung sehingga ke Arab Saudi.
Rina (dua dari kanan) menyampaikan anugerah kepada Ikon Usahawan, Siti Nor Shazleen Maidin di atas pencapaiannya menghasilkan dan mengeksport telekung sehingga ke Arab Saudi.

Rina berkata, usahawan perlu menyerahkan hak mendapat BSH kepada mereka yang benar-benar berhak.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (Wins) peringkat negeri anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) di Kelantan Trade Center, KTC Kota Bharu hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Sazmi Miah dan Timbalan Ketua Pengarah Kemas, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.

Rina bersama Peserta Wins Kelantan.
Rina bersama Peserta Wins Kelantan.

Sempena program Wins, Rina turut menyampaikan kit peralatan dandanan kepada 28 peserta.

Program yang dilancarkan peringkat Kebangsaan April lalu, diadakan bagi memperkasakan peranan wanita dan memberi peluang kepada kumpulan sasar seperti belia, ibu tunggal, suri rumah dan beliawanis untuk berkongsi pandangan, pengalaman dengan usahawanita berjaya.