Agong, permaisuri santap bersama rakyat di KFC

Baginda dan raja permaisuri yang tular di muat naik Shahaniza ketika menikmati santapan di KFC Temerloh, semalam.
Baginda dan raja permaisuri yang tular di muat naik Shahaniza ketika menikmati santapan di KFC Temerloh, semalam.
A
A
A

KUANTAN - Netizen melahirkan rasa bangga dengan sikap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang disifatkan berjiwa rakyat dan sentiasa merendah diri.

Gambar baginda bersama raja permaisuri yang tular di laman sosial Facebook kerana sanggup mencemar duli membeli dan santap bersama-sama rakyat di Kentucky Fried Chicken (KFC) di Temerloh semalam menarik perhatian warganet.

Gambar dan status yang di muat naik Datuk Seri Shahaniza Shamsudin di akaun Facebook miliknya dihujani reaksi positif dari netizen.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan bangga dengan sikap yang ditonjolkan baginda dan raja permaisuri kerana sanggup mencemar duli melakukan rutin seperti rakyat biasa.

Dalam masa beberapa jam, status dimuat naik Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang itu mendapat lebih 5,000 'like' dan dikongsi lebih 1,000 warganet.

Shahaniza berkata, sebagai pengiring keberangkatan baginda ke Temerloh, beliau tidak terkejut dengan sikap merendah diri ditonjolkan baginda.

Beliau turut kagum dengan tindakan spontan raja permaisuri yang terus ke kaunter membuat pesanan.

"Selesai melawat rumah mangsa ribut, tuanku tiba-tiba kata nak makan KFC.

Artikel Berkaitan:

"Lepas Jumaat kami ke KFC di hadapan SK Tanjung Lalang dan saya kagum melihat raja permaisuri menuju ke kaunter dan memesan ayam goreng.

"Walaupun tersedia sudu dan garfu, baginda dan raja permaisuri makan menggunakan tangan," katanya.

Katanya, beliau tidak tekejut dengan perkara itu kerana baginda dan raja permaisuri memang sentiasa merendah diri.

"Saya dah biasa tengok tuanku sempoi macam rakyat biasa. Baginda memang berjiwa rakyat.

"Memang itulah sikapnya dan bukan berlakon atau dibuat-buat," katanya.