Lelaki hilang ditemui mati tergantung pada pokok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MUAR - Kehilangan seorang lelaki warga tempatan sejak empat hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui tergantung pada pokok di kawasan semak berdekatan kebun kelapa sawit di Batu 8, Bukit Pasir, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner, Zaharudin Rasip berkata, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki pada jam 1.05 tengah hari mengenai penemuan mayat seorang lelaki yang tergantung pada pokok dalam keadaan berpakaian lengkap di sebelah motosikal mangsa

"Mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat dan anak lelaki simati telah membuat pengecaman bahawa mayat tersebut adalah bapanya L. Rajendran, 46, yang dilaporkan hilang pada 17 Jun 2019," katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut sama ada ia membabitkan kejadian jenayah atau sebaliknya.

Sebelum ini dilaporkan polis mencari seorang lelaki yang hilang setelah keluar dari rumah sejak 17 Jun lalu dengan menaiki motosikal miliknya. - Bernama

Artikel Berkaitan: