Protes antikerajaan kembali di Hong Kong

Kumpulan protes melancarkan semula demonstrasi di Hong Kong.
Kumpulan protes melancarkan semula demonstrasi di Hong Kong.
A
A
A

HONG KONG - Ribuan penunjuk perasaan kembali berhimpun di luar ibu pejabat Hong Kong hari ini menuntut pengunduran Ketua Eksekutif, Carrie Lam dan pembebasan 24 peserta protes yang diberkas ketika demonstrasi mega pada minggu lalu.

Tunjuk perasaan itu diadakan semula selepas kerajaan didakwa gagal memenuhi tuntutan mereka ketika jutaan peserta protes membantah rang undang-undang ekstradisi dicadangkan Lam.

Mereka turut melaungkan slogan antikerajaan dan menyekat laluan utama di bandar raya terbabit.

Kumpulan pembangkang menuntut siasatan penuh ke atas tindakan kekerasan polis ketika pertempuran ganas tercetus antara pasukan keselamatan dan kumpulan protes.

“Kerajaan masih belum memberi respons kepada tuntutan kami. Selepas beberapa hari, mereka hanya cakap kosong. Jadi, kami perlu memberitahu mereka bahawa rakyat tidak menerima harapan palsu,” kata penunjuk perasaan, Poyee Chan, 28.

Sehingga kini, Lam masih belum meletak jawatan malah beliau hanya memohon maaf dan berjanji untuk berkhidmat lebih baik serta membuat keputusan menggantung rang undang-undang kontroversi tersebut.

Permohonan maaf beliau bagaimanapun tidak dapat meredakan kemarahan kumpulan protes terbabit. - AFP

Artikel Berkaitan: