Penyamun larikan barang kemas RM500,000

Empat lelaki berjaya melarikan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM500,000 dari sebuah kedai emas di Batu 16, Rawang, petang tadi.
Empat lelaki berjaya melarikan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM500,000 dari sebuah kedai emas di Batu 16, Rawang, petang tadi.
A
A
A

RAWANG - Sebuah kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Batu 16, di sini, rugi RM500,000 selepas disamun sekumpulan penjenayah dalam kejadian petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 3.59 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek dipercayai terdiri daripada empat lelaki tempatan masuk ke premis terbabit dengan bersenjatakan objek menyerupai pistol.

"Suspek yang bertopi keledar, berjaket lengan panjang serta bersarung tangan itu turut bersenjatakan tukul besi.

Empat lelaki berjaya melarikan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM500,000 dari sebuah kedai emas di Batu 16, Rawang, petang tadi.
Empat lelaki berjaya melarikan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM500,000 dari sebuah kedai emas di Batu 16, Rawang, petang tadi.

"Mereka telah memecahkan cermin pameran barang kemas sebelum melarikan barangan kemas berkenaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati anggaran kerugian bernilai RM500,000.

Katanya, semasa kejadian terdapat dua pekerja wanita dan seorang lelaki merupakan pengawal keselamatan.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan masih dijalankan untuk memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.