Mohamed Farid dilantik Pengarah Cawangan Khas baharu

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas yang baharu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan pelantikan Mohamed Farid sebagai Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa 17 Jun 2019.

"Beliau (Mohamed Farid) memasuki perkhidmatan PDRM pada 15 April 1979 dan telah berkhidmat selama 36 tahun di dalam Cawangan Khas.

"Beliau juga mempunyai pengalaman dalam bidang siasatan jenayah dan pendakwaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, jawatan tersebut disandang Datuk Seri Abdul Hamid Bador pada tahun 2018 selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara.

Abdul Hamid kemudian dilantik memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pada 15 Mac lepas menggantikan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang bersara wajib.

Kini, Abdul Hamid Bador adalah Ketua Polis Negara selepas dilantik berkuat kuasa pada 4 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!