Agong, Permaisuri ziarah mangsa ribut di Kampung Haji Ali

Baginda mendengar pengalaman diceritakan mangsa ribut di Kampung Haji Ali, Mat Yaacob, 96, ketika lawatan di kampung itu, hari ini.
Baginda mendengar pengalaman diceritakan mangsa ribut di Kampung Haji Ali, Mat Yaacob, 96, ketika lawatan di kampung itu, hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menziarahi mangsa-mangsa ribut di Kampung Haji Ali, di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Jawatankuasa Pelancongan dan Peladangan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mewakili kerajaan negeri; ADUN Kuala Semantan, Datuk Nor Azmi Mat Ludin dan barisan Exco negeri lain serta wakil Ahli Parlimen Temerloh.

Sempena lawatan tersebut, baginda juga mengurniakan wang tunai kepada 74 keluarga yang terjejas dalam kejadian berkenaan.

Dalam titahnya, baginda melahirkan rasa dukacita dengan musibah yang dihadapi penduduk sekitar daerah ini.

"Kita harus bersabar dengan dugaan yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT dan apa yang kita boleh belajar hari ini ialah keihklasan semua pihak yang membantu.

"Ini dapat dilihat dengan secepat mana bantuan diberikan dalam mengurangkan kesan yang dihadapi secara berterusan," titah baginda.

Baginda mendengar sesuatu daripada mangsa ribut ketika mengadakan lawatan di sini hari ini.
Baginda mendengar sesuatu daripada mangsa ribut ketika mengadakan lawatan di sini hari ini.

Dalam pada itu, baginda juga menyatakan pesanan Almarhum Ayahanda, Sultan Ahmad Shah yang selalu mengingatkan agar segera membantu apabila berlaku sebarang bencana di negeri itu.

Artikel Berkaitan:

"Pesanan Almarhum Ayahanda, bila ada bencana berlaku di mana-mana, pemimpin, penjawat awam perlu segera 'melompat' membantu supaya dapat meringankan beban yang dihadapi mereka khususnya ketika musim tengkujuh dan banjir," titah baginda.

Dalam kejadian Isnin lalu, kira-kira jam 5 petang, hujan lebat dan ribut melanda beberapa lokasi di daerah ini menyebabkan 74 rumah, dua surau dan dua sekolah agama terjejas dengan nilai kerugian keseluruhan dianggarkan RM237,000.

Antara kampung terjejas selain Kampung Haji Ali ialah Kampung Bangau Parit, Kampung Paya Kechik, Kampung Paya Dalam dan Kampung Tebing Tinggi.