Ciri baharu Yamaha LC135

A
A

HONG Leong Yamaha Motors hari ini mengumumkan kemasukan model baharu Yamaha LC135 ke pasaran tempatan.

Model asas yang telah diperkenalkan sejak 2006 ini sekali lagi menerima penambahbaikan namun seperti yang dijangka ramai, ia hanyalah penambahan kosmetik sahaja.

Dan masih menggunakan suapan bahan api karburetor, tidak seperti Thailand yang telah menggunakan sistem suntikan bahan api.

Jadi, apa pembaharuan yang berbeza jentera ini pada model sebelumnya? Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Bahagian penutup hon hadapan
  • Skup udara/pembias udara di bahagian cub sisi
  • Panel penutup di bahagian bawah enjin (under cowl panel)
  • Paparan meter dengan grafik baharu.

Sementara itu, jentera ini masih mengekalkan enjin 135cc empat lejang SOHC dan klac auto dan gear empat kelajuan.

Yamaha 135LC baharu ini juga datang dengan tiga warna baharu iaitu – Fiery Red, Storm Blue dan Comet Grey.

Pembeli juga akan mendapat pengunci cakera asli Yamaha secara percuma dan harga jualannya kini ialah RM6,868.00, tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

Sumber-Mekanika