Pengganti Waytha Moorthy harus lebih baik

Datuk Mohd Amar Abdullah
Datuk Mohd Amar Abdullah
A
A
A

KOTA BHARU – Pas mahukan Menteri Perpaduan yang memahami integrasi kaum berbanding Senator P Waytha Moorthy, kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Menurutnya, jawatan-jawatan seperti itu memerlukan pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan mampu mengalas tanggungjawab berdasarkan portfolio yang diberikan, bukannya mencetuskan huru-hara sehingga memporak-perandakan hubungan antara masyarakat.

“Harapnya Menteri Perpaduan baharu itu lebih baik daripada dia (Moorty). Sebab jawatan Menteri Perpaduan ini besar tanggungjawabnya. Kena ambil orang yang boleh bina perpaduan antara kaum dan bina hubungan yang baik antara agama.

“Bukan orang yang cetuskan ketegangan macam beliau (Moorty),” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan kuliah agama di Medan Ilmu di sini.

Mengulas lanjut mengenai cadangan sesetengah pihak yang mahu Nurul Izzah Anwar menggantikan Moorty, beliau berkata, perkara tersebut adalah bidang kuasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan terserah kepadanya untuk menentukan siapakah yang layak menggantikan pemimpin itu.

“Siapa-siapa pun boleh cadang tapi itu adalah ‘privilege’ Tun M,” jawabnya ringkas.

Artikel Berkaitan: