Orang hari ini bangga buat maksiat: Khalil

Muhammad Khalil
Muhammad Khalil
A
A
A

KUANTAN - Ancaman terhadap Islam semakin jelas apabila wujud individu yang berbangga dengan maksiat dilakukan.

Bercakap secara umum, bekas Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, realiti yang berlaku ini sangat membimbangkan.

"Orang buat maksiat seorang-seorang boleh bertaubat, tetapi apa yang berlaku hari ini (mereka) berbangga buat maksiat. Sehingga ada video-video yang sangat menjijikkan," katanya dalam ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas ke-60 di sini hari ini.

Katanya, situasi ini merupakan satu cabaran perlu dihadapi kepimpinan Pemuda Pas untuk terus mendampingi dan mendidik anak muda supaya akidah mereka terpelihara.

Dalam ucapannya terakhirnya di pentas Pemuda itu juga, Muhammad Khalil meminta sayap parti tersebut bersedia untuk mengisi kemenangan sekiranya berlaku perubahan politik tanah air.

"Saya yakin Pemuda Pas tidak tandus kepimpinan untuk menerajui Putrajaya suatu hari nanti," katanya.

Artikel Berkaitan: