Sindiket penyeludupan rokok terbesar negara tumpas

ROMPIN - Polis menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dipercayai terbesar di Malaysia untuk tahun ini, melibatkan rampasan 279,000 karton rokok bernilai RM4.868 juta pada serbuan di Leban Chondong di sini hari ini.- Bernama
ROMPIN - Polis menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dipercayai terbesar di Malaysia untuk tahun ini, melibatkan rampasan 279,000 karton rokok bernilai RM4.868 juta pada serbuan di Leban Chondong di sini hari ini.- Bernama
A
A
A
ROMPIN - Polis menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dipercayai terbesar di Malaysia untuk tahun ini, melibatkan rampasan 279,000 karton rokok bernilai RM4.868 juta pada serbuan di Leban Chondong di sini hari ini.

Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman SAC Mohd Yusoff Mamat berkata, rokok tersebut dirampas daripada tiga lori lima tan berwarna putih yang dipintas oleh Unit Gempur Marin di Jalan Leban Chondong menghala ke Muadzam Shah, pada 2 pagi.

Kataya, rokok pelbagai jenama itu dianggarkan bernilai RM1.544 juta dengan nilai cukai RM3.324 juta dan rampasan merupakan hasil daripada intipan

pasukan Bukit Aman selama dua minggu.

"Kita menahan tiga suspek lelaki berusia antara 20-an ke 50-an, yang memandu lori tersebut dan rokok tersebut dipercayai diseludup ke negara ini menggunakan modus operandi baru dengan menggunakan bot besar.

"Sebuah bot besar dipercayai dari Vietnam berlabuh di perairan Nenasi, sebelum beberapa bot pancung berkuasa tinggi milik warga tempatan membawa

rokok seludup itu ke darat," katanya pada sidang media di Markas Taktikal Tanjung Gemok di sini hari ini.

Mohd Yusoff berkata beberapa buah lori pula menunggu di darat untuk membawa rokok tersebut yang dipercayai untuk edaran secara terus sekitar Kuala

Lumpur, Kuantan, Pahang sehingga ke Kota Bharu, Kelantan.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata siasatan lanjut kes itu kini dijalankan Seksyen 135 (a) Akta Kastam 1967.

Polis, juga menurut Mohd Yusoff akan memberi lebih tumpuan di daerah Rompin dalam membanteras aktiviti penyeludupan rokok yang dilihat semakin menjadi

pilihan mereka untuk melakukan jenayah itu.-Bernama