RTM nafi siar program sebar agama lain

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) menafikan dakwaan menyiarkan program berunsur penyebaran agama selain Islam di siaran TV2, hari ini.

Jabatan Penyiaran Malaysia berkata, program yang didakwa Pengerusi Ummah Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas itu sebenarnya adalah program berbentuk majalah motivasi yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 6 pagi.

“RTM ingin merujuk kepada laporan di media sosial yang dikeluarkan oleh Wan Mohd Faizul Wan Abas, Pengerusi Ummah Terengganu berkaitan siaran program RTM yang dikatakan mirip kuliah agama.

“Untuk makluman, program ini bukan program berunsur agama. Ia merupakan slot program majalah motivasi yang disiarkan pada jam 6.00 pagi hingga 6.30 pagi di saluran TV2,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, setiap episod program itu memaparkan kejayaan dan kemajuan setiap individu yang berlainan latar bangsa dan agama.

“Ia bertujuan memberi motivasi kepada penonton untuk mencapai impian. Personaliti berkongsi pengalaman dan tip untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

“Program ini tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang di Malaysia. Ia mematuhi Peraturan Tetap Operasi (SOP) RTM dan diluluskan untuk siaran dengan klasifikasi (U).

“Kategori ini untuk tontonan semua lapisan masyarakat, tanpa had umur, filem ini memaparkan nilai-nilai murni, sopan dan memberi pengajaran positif serta menghiburkan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, RTM juga melahirkan kekesalan dengan penyebaran berita tidak tepat seperti itu.