Jalani hidup dengan lebih tenang: Erra Fazira

Erra Fazira
Erra Fazira
A
A
A

MINGGU lalu hangat dengan kisah perselisihan yang berlaku antara dua sahabat baik iaitu Erra Fazira dan Datin Seri Umie Aida.

Sebentar tadi ketika pelancaran Program bual bicara Mingguan Wanita berlangsung di Ben's The Gardens Mall, pelakon dan penyanyi ini telah dikerumuni oleh media untuk mendapatkan cerita dari pihak dirinya.

Erra yang kelihatan telah bersedia memberikan jawapan selamat.

“Saya sama sekali tidak berhasrat jawab bicara isu yang diperkatakan ketika ini. Saya pilih berdiam diri atas keputusan saya sendiri. Saya ambil perkara yang berlaku ini sebagai satu titik hitam dalam hidup saya.

“Saya harap dan tolong doakan juga agar perjalanan saya lebih baik dan diredai ALLAH. I just want to move on, lebih baik produktif, tenang dan damai. Tutup buku lama, buka buku baru,” katanya.

Pun begitu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mengakui belajar dengan perkara yang dilalui ini.

“Banyak pelajaran yang best dalam hidup. Bagus untuk saya pandang ke depan dengan positif. Jalani hidup dengan lebih tenang. Benda baik ikut, benda tak baik jangan ikut,” ujarnya ringkas.

Artikel Berkaitan: