X

Kindly register in order to view this article
!

Bingkisan istimewa buat bapa

JAM tangan merupakan item fesyen paling popular dijadikan hadiah sempena sambutan Hari Bapa
A
A

TIDAK keterlaluan untuk disimpulkan bahawa sambutan Hari Ibu sentiasa menjadi keutamaan dalam kalangan anak-anak.

Kebanyakan kita sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk membeli pelbagai hadiah demi meraikan wanita yang telah bertarung nyawa melahirkan kita.

Namun begitu, selain ibu, kita juga wajar mengingati pengorbanan seorang lelaki bergelar bapa yang sentiasa mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi terhadap keluarga.

Justeru, sempena Hari Bapa dan Hari Kesihatan Lelaki Sedunia yang disambut pada bulan Jun, Oh! Lelaki pada minggu ini berkongsi 10 item menarik dan ideal untuk dijadikan hadiah kepada golongan bapa di luar sana.

1) Jam tangan

Jam tangan merupakan item fesyen paling popular dijadikan hadiah sempena sambutan Hari Bapa. Rekaan dan warna yang pelbagai menyerlahkan penampilan jejaka tidak mengira umur mengikut kesesuaian majlis lokasi mahupun majlis.

Bagaimanapun, sebelum menghadiahkan jam tangan, pastikan anda mengenali personaliti dan minat bapa masing-masing. Misalnya, jam tangan kalis air dan bertali tebal serta tahan lasak sesuai buat lelaki yang aktif di gimnasium atau aktiviti luar (outdoor).

Sementara itu, jam tangan yang diperbuat daripada kulit dan bertali nipis pula ideal untuk mereka yang meminati gaya sofistikated. Elakkan permukaan jam yang terlalu sarat kerana kurang bersesuaian dengan sisi maskulin.

2) Telefon pintar

Selari dengan peredaran zaman serba moden dan canggih, telefon pintar juga pilihan tepat dijadikan hadiah sempena Hari Bapa.

Paling utama, kita harus memilih jenama dipercayai dan berkualiti yang dilengkapi pelbagai perisian termasuk aplikasi bagi memudahkan urusan kerja mahupun menjadi peneman pada saat berlibur.

Pada masa sama, pastikan telefon pintar berkenaan menawarkan fungsi kamera dan ruang simpanan yang besar bagi membolehkan mereka menyimpan koleksi foto dan video.

3) Minyak wangi

Kebanyakan lelaki lebih mementingkan haruman yang kekal lama dan menyenangkan berbanding soal jenama ketika memilih minyak wangi idaman.

Kesibukan bekerja dan jadual padat dengan pelbagai aktiviti luar menyebabkan lelaki kerap membawa minyak wangi ke mana saja bagi mengekalkan kesegaran dan keselesaan daripada bau badan yang kurang menyenangkan.

4) Denim

Jangan disebabkan bapa memiliki koleksi seluar jean yang banyak di dalam almari, barangkali terlintas di benak kita bahawa denim bukan hadiah paling sesuai.

Namun, tahukah anda, lelaki akan gembira menerima jean sebagai hadiah kerana celana tersebut selesa digayakan dan suai padan bersama kemeja, baju-T, jaket atau blazer pelbagai rona.

Selain tahan lasak, denim juga mudah dijaga dan tidak perlu digosok secara berlebihan jika dibandingkan dengan pakaian lain.

5) Blazer dan jaket

Dua pelengkap gaya ini wajib ada di dalam almari lelaki kerana ia boleh dipakai pada acara kasual, santai atau semi formal.

Selain nuansa hitam dan coklat, warna biru, kelabu, merah hati juga sesuai dihadiahkan kepada bapa bagi menambah koleksi sedia ada.

6) Kasut

Bukan sahaja wanita malah jejaka juga gemar mengumpul kasut pelbagai jenama, warna dan rekaan. Selain kasut untuk bersukan, mungkin anda boleh menghadiahkan kasut berasaskan material kulit yang ideal dipakai ke pejabat atau menghadiri majlis-majlis formal.

7) Tali leher

Tali leher merupakan aksesori wajib buat lelaki yang menitikberatkan imej korporat, kemas dan segak.

Terdapat beberapa tips dalam memilih tali leher seperti:

-Tali leher saiz bersaiz tujuh sentimeter (tiga inci) sesuai buat jejaka bertubuh kurus dan rendah.

-Tali leher bersaiz lebih daripada tujuh sentimer pula elok untuk mereka bertubuh gempal dan tinggi. -Kemeja motif jalur ideal dipadankan bersama tali leher polos atau jalur halus.

-Kemeja polos pula lelaki bebas sama ada menggayakan tali leher bercorak atau polos rona terang mahupun gelap.

8) Beg

Sama seperti jam tangan, sebelum membeli beg, kita wajar mengenalpasti keperibadian dan kesukaan bapa. Pilih beg yang bersesuaian dengan aktiviti diminatinya seperti beg ke pejabat, gimnasium, bersukan, memancing atau beg kembara.

9) Pen

Ia merupakan hadiah yang kekal relevan sepanjang zaman dan mudah dibeli di mana-mana butik pen atau gedung.

Bagi menjentik sisi istimewa, apa kata ada memberi kejutan kepada mereka dengan mengukir nama bapa di atas pen berkenaan.

10) Set penjagaan wajah

Pilih jenama set penjagaan yang bersesuaian kondisi kulit wajah atau bawa mereka ke pusat kecantikan untuk melakukan sesi rawatan wajah.

DENIM bukan sahaja tahan lasak malah mudah dijaga dan tidak perlu digosok secara berlebihan berbanding pakaian lain.
DENIM bukan sahaja tahan lasak malah mudah dijaga dan tidak perlu digosok secara berlebihan berbanding pakaian lain.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf