Kami cerai ikut persetujuan bersama: isteri Sam Bunkface

No Image Caption
A
A
A

ISTERI kepada penyanyi kumpulan terkenal, Bunkface, Aida Azira Hussin tampil mendedahkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Sam, pada awal Januari lalu.

Menurut laporan mStar, Aida membuat penjelasan bagi mengelakkan jika ada yang menganggap mereka masih pasangan suami isteri.

"Saya tak mahu dikemudian hari akan ada sebarang masalah yang timbul. Oleh itu, saya tampil untuk memberi penjelasan mengenai perkara ini. Saya juga tak mahu timbul kekeliruan bahawa kami masih bersama.

"Kami sudah bercerai sejak awal tahun ini dan sebulat suara untuk berpisah kerana sudah tiada persefahaman dan sehaluan lagi.

"Dalam pada itu, perceraian kami ini tiada kena mengena dengan mana-mana pihak. Kami cerai ikut persetujuan bersama," ujarnya.

Bekas isteri vokali turut berkata, bagaimanapun hubungan dengan bekas suami masih berkawan baik demi anak mereka, iaitu Maleeq yang kini sudah berusia dua tahun.

Untuk rekod, pasangan Aida dan Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom, 31, selamat diijabkabulkan pada 25 April 2015 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Artikel Berkaitan: