[VIDEO] Pengesahan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 20 Jun ini

Pengesahan lafaz cerai pelakon, Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa diteruskan dengan perbicaraan pada 20 Jun depan dengan kedua-dua pihak perlu menyediakan pernyataan saksi masing-masing.
Pengesahan lafaz cerai pelakon, Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa diteruskan dengan perbicaraan pada 20 Jun depan dengan kedua-dua pihak perlu menyediakan pernyataan saksi masing-masing.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengesahan lafaz cerai pelakon, Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa diteruskan dengan perbicaraan pada 20 Jun depan dengan kedua-dua pihak perlu menyediakan pernyataan saksi masing-masing.

Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader mencadangkan perbicaraan diteruskan pada tarikh lain susulan terdapat isu lafaz cerai yang didakwa berlaku sebanyak dua kali di luar mahkamah.

"Kami tiada masalah untuk meneruskan perbicaraan hari ini, namun kami mencadangkan pernyataan saksi disediakan untuk menjimatkan masa.

"Justeru itu, kami memohon satu tarikh singkat untuk prosiding seterusnya," katanya.

Selain Akberdin, Hafidz turut diwakili peguam syarie, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.

Bagaimanapun, peguam syarie, Nurfarhana Abd Manaf yang mewakili Shuhada membantah perkara itu kerana anak guamnya bersedia untuk memberi ketetangan secara lisan.

"Dia sudah bersedia untuk memberi kenyataan namun pihak kami akur sekiranya mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi perbicaraan berserta pernyataan saksi," katanya.

Sebelum ini, Shuhada mendakwa suaminya telah melafazkan cerai lebih awal menerusi aplikasi WhatsApp pada 22 Januari lalu sedangkan dalam permohonan cerai lafaz itu dibuat pada 22 Februari.

Hafidz dan Nurul Shuhada telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah di sini pada 27 Februari lalu.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua keluarga.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Pada 22 Februari, Hafidz dipercayai melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap Nurul Shuhada di hadapan ahli keluarganya.

Kemelut rumah tangga salah seorang finalis Hero Remaja itu mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Hafidz Roshdi lapor polis isu Shuhada keguguran

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Pengesahan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 20 Jun ini

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi hadir prosiding kes cerai isterinya

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi sudah ke Hospital Bahagia

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Hafidz Roshdi keguguran di usia kandungan 14 minggu

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.