Royalti Kelantan: PH tunggu pengesahan tarik balik saman

Radzi (tiga, kanan) menyaksikan penyampaian cenderamata selepas merasmikan program Back To School anjuran TNB di SK Padang Mokan hari ini.
Radzi (tiga, kanan) menyaksikan penyampaian cenderamata selepas merasmikan program Back To School anjuran TNB di SK Padang Mokan hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU – Isu pembayaran royalti kepada Kelantan masih belum dimuktamadkan berikutan kerajaan Persekutuan masih belum menerima pengesahan tarik balik saman kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, persoalan itu telah beliau jawab dalam sidang Dewan Negara semalam.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan masih menunggu pengesahan rasmi berkaitan penarikan balik saman itu sebelum keputusan agihan royalti diputuskan.

“Saya ada jawab dalam sidang Dewan Negara semalam berkaitan isu royalti Kelantan ini kerana kita masih belum terima pengesahan rasmi berkaitan tarik balik saman itu walaupun Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob telah memaklumkan Kelantan telah tarik balik saman itu.

“Jadi kita tunggu pengesahan rasmi mengenainya terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya diputuskan,” katanya selepas merasmikan program Back To School anjuran TNB Kelantan di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mokan hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai isu pemimpin Umno yang keluar parti Radzi berkata, Bersatu mempunyai mekanisme tertentu untuk menapis setiap kemasukan ahli baru termasuk dari Umno.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Bersatu, berkata, tidak semua ahli Umno yang keluar dari parti itu mengatakan akan menyertai Bersatu sebaliknya tanggapan diberi lebih kepada Bersatu yang mewakili parti kaum Melayu.

Artikel Berkaitan: