800 unit Rumah Selangorku bakal dibina di Ampang

Haniza (dua dari kiri) mendengar penerangan ringkas dari wakil pemaju sewaktu lawatan tapak Rumah Selangorku Ampang Height hari ini.
Haniza (dua dari kiri) mendengar penerangan ringkas dari wakil pemaju sewaktu lawatan tapak Rumah Selangorku Ampang Height hari ini.
A
A
A

AMPANG - Sebanyak 800 unit Rumah Selangorku bakal didirikan di Lembah Jaya di sini sebaik projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) siap dijangka Julai 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Dan Kehidupan Bandar, Haniza Mohamed Talha berkata, beliau berpuas hati dengan lokasi projek yang berhampiran kemudahan awam komersial dan klinik serta dikelilingi pemandangan alam semula jadi.

Menurutnya, projek di bawah pemaju Ampang Height Holding Sdn Bhd itu juga bakal melibatkan pembangunan bercampur di atas tanah berkeluasan 60 hektar melibatkan kos rumah rendah, sederhana dan juga berpendapatan tinggi.

"Saya harap keindahan yang ada di sekeliling kawasan ini seperti hutan simpan rekreasi, tasik dikekalkan dan memasukkan pembangunan mesra alam tanpa merosakkan alam sekitar.

"Sebanyak dua blok rumah kelas C dengan keluasan 800 kaki persegi bakal dibangunkan khas buat warga Ampang. Saya berharap pembangunan perumahan ini seiring dengan peluang pekerjaan buat penduduk sekitar sini," katanya sewaktu lawatan tapak Rumah Selangorku Ampang Height hari ini.

Keadaan semasa tapak projek Rumah Selangorku Ampang Height.
Keadaan semasa tapak projek Rumah Selangorku Ampang Height.

Beliau berkata, kawasan itu berpotensi membentuk bandar baharu dan rumah kediaman selepas siapnya projek lebuh raya itu.

"Selepas siap pembinaan lebuhraya barulah kontraktor akan memulakan kerja tapak. Ia bagi mengelak gangguan awam.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, kebenaran merancang telah dikemukakan selain kerja membuat jalan di kawasan projek ke laluan masuk lebuhraya.

"Saya berharap pembangunan ini seimbang dan saya telah meminta kepada pemaju supaya setiap kemudahan yang dibina di kawasan ini tidak bersifat eksklusif dan boleh diakses kepada orang awam," katanya.