JKM kesan waris Nur Alisha

Orang ramai diminta membantu mengesan waris kepada Nur Alisha Rashdin Abdul Rashid.
Orang ramai diminta membantu mengesan waris kepada Nur Alisha Rashdin Abdul Rashid.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta kerjasama orang ramai mengesan waris kepada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun, Nur Alisha Rashdin Abdul Rashid.

Menurut JKM, kanak-kanak terbabit telah menetap bersama neneknya sejak berusia tujuh bulan selepas ditinggalkan oleh ibunya, Fauziah Sugan.

Berdasarkan pemeriksaan lanjut, JKM memaklumkan bahawa ibu bapa kandung Nur Alisha juga tidak mendaftarkan sijil kelahirannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Buat masa ini, JKM masih belum mempunyai sebarang maklumat mengenai bapa Nur Alisha.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris kepada Nur Alisha boleh berhubung terus dengan Pelindung Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat, Rizalina Abdul Manaf atau Hamimah Muhamad Taib di talian 03-31871317.

Artikel Berkaitan: