Lima maut, tujuh cedera pergaduhan di timur Pakistan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan beberapa lagi cedera, dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan, di sebuah hospital di daerah Nankana Sahib di wilayah Punjab timur Pakistan pada lewat Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut laporan media tempatan, dua kumpulan daripada puak berbeza saling berbalas tembakan selepas berlaku pertengkaran kecil di bahagian kecemasan di hospital terbabit.

Ekoran itu, anggota polis telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan keadaan darurat diisytiharkan.

Mengikut sumber hospital, sekurang-kurangnya tiga mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Menurut polis, penyerang melarikan diri dan suspek sedang diburu. - Bernama

Artikel Berkaitan: