Lelaki kulit putih lepas tembakan di luar mahkamah AS

Seorang jurugambar sempat merakam imej Brian Clayde selepas lelaki itu melepaskan beberapa das tembakan di pintu masuk Mahkamah Persekutuan Dallas kelmarin.
Seorang jurugambar sempat merakam imej Brian Clayde selepas lelaki itu melepaskan beberapa das tembakan di pintu masuk Mahkamah Persekutuan Dallas kelmarin.
A
A
A

WASHINGTON - Suasana di luar pekarangan Mahkamah Persekutuan Dallas di bandar selatan Amerika Syarikat semalam bertukar kecoh seketika, selepas seorang lelaki bersenjatakan selaras rifle automatik melepaskan tembakan rambang di pintu masuk mahkamah.

Polis mengenal pasti penyerang sebagai lelaki berkulit putih, Brian Clyde.

Clayde, 22, bagaimanapun disahkan mati selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.

Dalam imej yang dirakam oleh jurugambar di tempat kejadian, Clyde dilihat memakai pakaian seragam tentera dengan baju kalis peluru berwarna hitam.

Dia juga dan menutupi muka serta membawa tali pinggang dipenuhi peluru.

Sementara itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menunjukkan polis menembak Clyde yang berlari melintasi jalan dari mahkamah sebelum dia rebah berhampiran sebuah kereta.

Polis berkata, motif Clyde tidak jelas sambil menambah dia meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.

Media AS melaporkan, Clyde menghabiskan masa dua tahun dalam tentera dari 2015 hingga 2017 dan baru menamatkan kursus di sebuah universiti. – AFP

Artikel Berkaitan: