Bekal benih padi: Minta laporan siasatan sembilan syarikat

Salahudin (tengah) dan Mohd Anuar (dua, kanan) ketika menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim sempena Majlis Hari Raya Aidifitri Lestary Heights hari ini.
Salahudin (tengah) dan Mohd Anuar (dua, kanan) ketika menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim sempena Majlis Hari Raya Aidifitri Lestary Heights hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub meminta supaya menyegerakan laporan siasatan ke atas sembilan syarikat yang membekalkan benih padi di negara ini.

Menurutnya, siasatan dilakukan oleh pasukan khas diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salim Parjan penting dalam usaha mengatasi masalah benih padi yang tidak berkualiti.

"Kita kena tegas. Dalam isu ini tidak boleh lagi bertolak-ansur kerana lama sangat, sudah berpuluh tahun kita mendengar pesawah-pesawah menghadapi isu benih padi ini.

"Laporan akan sampai kepada saya dalam masa terdekat dan kita akan pastikan pada masa akan datang isu ini akan dapat dikawal kalau tidak sepenuhnya tetapi semaksima mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media dalam Majlis Hari Raya Aidifitri Lestary Heights di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir yang juga Ahli Parlimen Temerloh; Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Hamid Bahari; Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Faiz Fadzil dan Ketua Pengarah LKIM, Jamaludin Othman.

Siasatan itu susulan rintihan petani yang mahu kerajaan mencari jalan penyelesaian masalah pembekalan benih padi tidak berkualiti yang menjadi antara punca petani gagal mendapatkan hasil tanaman baik.

Artikel Berkaitan: