Hari ke-17 RCI Wang Kelian disambung

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Hari ke-17 sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis disambung hari ini.

Sesi dimulakan dengan Pegawai Penyiasat Superitenden Woon Tan Seng selaku saksi ke-48 menyambung keterangan di hadapan tujuh panel diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Penolong Pengarah Analisa/Perangkaan Jenayah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu merupakan seorang daripada tiga saksi termasuk bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang telah memberi keterangan semalam.

RCI berkenaan diperkenan penubuhannya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari lepas.

Ia diadakan susulan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand pada 2015. - Bernama

Artikel Berkaitan: