Sidang DUN Kelantan rakam takziah kepada keluarga Mursi

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Persidangan DUN Kelantan hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi yang meninggal dunia di mahkamah semalam.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub yang memaklumkan perkara tersebut turut meminta semua hadirin menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada Allahyarham.

"Kita dimaklumkan Mohammed Mursi telah pun meninggal dunia di mahkamah semalam. Mursi merupakan seorang pemimpin Islam dan dewan mengambil peluang untuk ucapkan takziah kepada keluarganya, rakyat Mesir dan masyarakat dan penggerak Islam seluruh dunia di atas kehilangan besar ini," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Mohammed Mursi pengsan selepas sesi pengadilan di mana beliau menghadapi tuduhan pengintipan.

Mursi, 67, digulingkan berikutan protes beramai-ramai setahun selepas menjawat jawatan sebagai pemimpin negara yang dipilih secara demokratik.

Artikel Berkaitan: