Dewan Perdana KRS destinasi perkahwinan pilihan yang tepat

Dewan Perdana KRS di Warisan Puteri Sikamat kini menjadi pilihan.
Dewan Perdana KRS di Warisan Puteri Sikamat kini menjadi pilihan.
A
A
A

SEREMBAN – Bagi mereka yang tercari-cari sebuah dewan serbaguna untuk mengadakan pelbagai majlis seperti perkahwinan, mesyuarat tahunan, konvokesyen, konvensyen, atau apa jua majlis, anda boleh cuba mendapatkan perkhidmatan ini di Dewan Perdana KRS yang terletak di Warisan Puteri, Sikamat Seremban.

Tidak jauh dari pusat bandar, dewan yang mula beroperasi sejak 2014 menyediakan perkhidmatan dewan banquet eksklusif untuk pelbagai majlis yang mampu menampung kapasiti sebanyak 1,000 orang dalam satu masa.

Apa yang menariknya di sini,kemudahan untuk ruang parkir keretanya sangat besar dan boleh mengisi lebih 2,000 kenderaan.

Menurut Pengarah KRS Catering Ent dan KRS Bridal Ent, Abdul Jabbar Mohammad Ssunaibari, pihaknya kini sedang merancang untuk memperbesarkan lagi dewan Perdana KRS ini pada Julai nanti.

“Memandangkan permintaan tinggi terhadap pengunaan dewan ini, jadi kami merasakan perlu untuk membesarkan lagi dewan ini selari dengan permintaan pelanggan.

“Kita akan menambah keluasan dewan majlis berhawa dingin ini dari 2,400 kaki persegi kepada 10,000 kaki persegi dan kini majlis yang diadakan dapat memuatkan 1,000 orang sekali duduk dalam satu masa.

“Cara dekorasi dewan juga ada mengikut tren semasa dan semestinya berkonsep mewah serta eksklusif,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Abdul Jabbar juga memberitahu, pihaknya bukan sahaja menyediakan dewan, tetapi turut menyediakan pakej andaman dan katering dengan harga mampu milik.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Dewan Perdana KRS yang sudah beroperasi lima tahun ini, mula melebarkan sayap dengan menubuhkan syarikat KRS Catering Ent dan KRS Bridal Ent, yang menyediakan satu destinasi perkahwinan pilihan tepat di Negeri Sembilan.

Dengan adanya syarikat KRS Catering dan KRS Bridal, kos perkahwinan untuk perkhidmatan Dewan Perdana KRS dapat dikurangkan dan servis terbaik dapat diberikan.

Katanya, bagi memastikan pelanggan menikmati harga yang mampu milik, pihaknya bersetuju untuk menurunkan harga untuk pakej perkahwinan lengkap dari RM35 kepada RM28 seorang, selain menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan lengkap khemah dengan harga RM13 per orang.

Di sini bakal pengantin tak perlu bimbang kerana Dewan Perdana KRS ada menyediakan keperluan lengkap andaman, dekorasi, pelamin, katering, fotografi, videografi, juruacara, khemah dan lain lain.

Persiapan sebelum majlis resepsi seperti penyediaan kad kahwin serta doorgift juga termasuk dalam pakej.

“Kebanyakan pelanggan memilih kami sebagai tempat melangsungkan perkahwinan kerana pakej lengkap yang telah disediakan ini sangat membantu pasangan untuk membuat keputusan yang mudah, tanpa perlu mencari vendor lain dan menjimatkan masa daripada kesibukan kerja.

“Kami dapat memudahkan segala urusan persiapan majlis perkahwinan dalam merancang dan melaksanakan keseluruhan majlis resepsi, malah kami juga akan memastikan majlis diurus dan dilaksanakan dengan baik serta teratur,” katanya.

Katanya, rata-rata pelanggan yang menggunakan khidmat KRS akan berpuas hati dengan layanan yang diberikan malah menganggap harga pakej lengkap yang ditawarkan adalah pakej harga yang sememangnya mampu milik dan amat berbaloi.

Pakej yang ditawarkan juga menarik dan banyak item percuma turut diberikan.

Tempahan untuk sebarang majlis boleh dihubungi 06-7673434 atau menggunakan aplikasi WhatsApp 012-7094569.