Isteri bekas ketua Nissan rayu bantuan Trump

Bekas ketua Nissan, Carlos Ghosn dan isterinya Carole.
Bekas ketua Nissan, Carlos Ghosn dan isterinya Carole.
A
A
A

TOKYO - Isteri kepada bekas peneraju Nissan Motor Co, Carlos Ghosn hari ini meminta bantuan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump supaya mendesak Jepun membicarakan suaminya dengan adil.

Ghosn, 65, pernah menjadi individu paling berpengaruh dalam industri permotoran global, kini sedang menunggu perbicaraan di Jepun atas dakwaan gagal melaporkan pendapatannya ketika mengetuai Nissan.

Beliau berdepan dakwaan menggunakan dana syarikat untuk tujuan peribadi, tuduhan yang dinafikannya.

“Pemimpin dunia akan mengadakan pertemuan di G20 di Osaka akhir bulan ini,” kata Carole Ghosn dalam satu wawancara bersama BBC.

“Saya harap Presiden Trump dapat bercakap dengan Perdana Menteri Shinzo Abe mengenai perbicaraan yang adil dan membenarkan saya bercakap dengan suami saya, serta menghormati prinsip anggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah," katanya.

Tambah Carole, kali terakhir beliau melihat suaminya ialah pada 4 April lalu ketika pendakwa menyerbu rumah mereka.

Ghosn, rakyat Perancis, dibebaskan di Jepun pada April dengan ikat jamin AS$4.5 juta (RM18.78 juta) tetapi dikenakan syarat ketat termasuk tidak dibenarkan bertemu isterinya.

Di bawah syarat itu, Ghosn dilarang meninggalkan Jepun dan tinggal di sebuah rumah yang dipantau dengan kamera.

Artikel Berkaitan:

Sidang kemuncak G20 di Osaka akan diadakan pada 28 hingga 29 Jun ini. – AFP