APM perlu dana RM10 juta tambah kenderaan di seluruh negara

Peruntukan tersebut diperlukan bagi menambah kenderaan operasi di seluruh negara. Gambar kecil: Sukiman
Peruntukan tersebut diperlukan bagi menambah kenderaan operasi di seluruh negara. Gambar kecil: Sukiman
A
A
A

SUNGAI PETANI - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memerlukan peruntukan kira-kira RM10 juta bagi menambah kenderaan operasi di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (PA) APM Malaysia, Sukiman Ahmad berkata, antara keperluan diperlukan termasuk ambulans, kenderaan pacuan empat roda dan van penumpang bagi melancarkan kerja-kerja operasi.

Menurutnya, permohonan mendapatkan dana berkenaan telah dihantar dan berharap kerajaan akan memberi perhatian terhadap keperluan aset terbabit.

"Keperluan ini membabitkan semua negeri seluruh negara di mana sekurang-kurangnya setiap daerah perlu mempunyai sebuah ambulans serta kelengkapan lain dan kita jangka masih memerlukan 100 buah ambulans bagi memenuhi keperluan seluruh negara.

"Setakat ini, kita masih kekurangan ambulans yang mana ada daerah tidak dapat dibekalkan seperti di Sik, Kedah dan masih perlu penambahan ambulans bagi daerah besar seperti Kuala Muda atau daerah yang melibatkan banyak kes seperti di Langkawi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri APM peringkat negeri Kedah di Pejabat APM Kuala Muda semalam.

Hadir sama Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dan Pegawai APM Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad.

Artikel Berkaitan:

Sukiman (kiri) beramah mesra dengan anggota APM negeri Kedah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri APM peringkat negeri Kedah di Pejabat APM Kuala Muda semalam.
Sukiman (kiri) beramah mesra dengan anggota APM negeri Kedah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri APM peringkat negeri Kedah di Pejabat APM Kuala Muda semalam.