Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat dilantik Pengerusi AIPA

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof (duduk dua, kanan) bersama Pengerusi Asean Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (duduk dua,kiri) bergambar dengan ahli parlimen Asean yang hadir pada Persidangan Agung Tahunan AIPA di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini dilantik sebagai sebagai Pengerusi Persidangan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) Caucus Ke-10.

Persidangan tiga hari yang bermula hari ini turut melantik Zaw Thein dari Myanmar sebagai Timbalan Pengerusi.

Sesi pembukaan persidangan itu dirasmikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan dihadiri delegasi dari lapan negara ASEAN terlibat kecuali Thailand dan Indonesia.

Mohamad Ariff ketika ditemui selepas perasmian itu berkata, mesyuarat AIPA Caucus kali ini memfokuskan tiga agenda iaitu kebangkitan terrorisme, extremisme, dan redikalisasi dalam perspektif parlimen, meningkatkan kerjasama dalam menangani isu perubahan iklim di ASEAN serta menangani eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.

AIPA Caucus merupakan mekanisme untuk membincang, membangun dan mengharmornikan undang-undang di kalangan negara-negara ASEAN.

Selain itu, mesyuarat berkenaan menjadi satu daripada platform anggota parlimen negara-negara ASEAN berinteraksi dan membincangkan sejauh mana resolusi-resolusi yang diluluskan Persidangan Agung Tahunan AIPA dilaksanakan di negara-negara rantau itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: