Beginilah drama dalam hidup saya: Nabila Huda

Nabila Huda
Nabila Huda
A
A
A

PELAKON berbakat besar, Nabila Huda tampil memuat naik status panjang lebar yang ditujukan kepada ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau Norish yang menggunakan nama @qasander di Instagram.

Difahamkan Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil, berbuat demikian kerana sehari selepas ucapan Hari Bapa ditulis khas buat bapanya, vokalis Search, Amy, Norish turut melakukan yang sama.

Begitupun, menerusi ruangan komen di IG Norish, ramai yang mendakwa ucapan berkenaan berbaur sindiran kepada Abil. Malah, Abil telah pun screen shot ucapan Hari Bapa tulisan Norish itu.

Dalam perkongsian ucapan Norish, walaupun suaminya seorang ‘rockers’, dia tidak pernah menyambut Hari Ibu atau Bapa.

No Image Caption