Argentina dan Uruguay terputus bekalan elektrik

Penduduk di seluruh Argentina terpaksa bergelap selama lebih sejam.
Penduduk di seluruh Argentina terpaksa bergelap selama lebih sejam.
A
A
A

BUENOS AIRES - Bekalan elektrik terputus di Argentina dan Uruguay pagi tadi hingga menyebabkan penduduk kedua-dua negara Amerika Selatan itu terpaksa bergelap.

Menurut syarikat bekalan kuasa di Montevideo, UTE bekalan elektrik di negara itu dilaporkan terputus pada jam 7.06 pagi (waktu tempatan).

"Siasatan awal mendapati insiden itu berpunca daripada masalah rangkaian elektrik di Buenos Aires," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, dua syarikat bekalan kuasa di Argentina mengesahkan kejadian itu, namun tidak menyatakan puncanya.

Penyedia perkhidmatan elektrik terbesar di Argentina, Edenor memaklumkan bekalan tersebut terputus kerana masalah dalam sistem sambungan.

"Masalah itu telah menyebabkan seluruh Uruguay, beberapa wilayah di negara jiran terputus bekalan elektrik," jelasnya.

Difahamkan, masalah itu berlarutan selama lebih sejam sebelum dipulihkan semula secara berperingkat. - AFP

Artikel Berkaitan: