Rokok bernilai RM2.158 juta dirampas

Polis turut merampas sebuah lori jenis Daihatsu dipercayai mempunyai kaitan dengan jenayah ini. FOTO : JKDNKA
Polis turut merampas sebuah lori jenis Daihatsu dipercayai mempunyai kaitan dengan jenayah ini. FOTO : JKDNKA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 15,640 karton rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai sekitar RM2.158 juta selepas cukai dirampas polis dalam satu serbuan di sebuah premis di Nilai Negeri Sembilan, semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, serbuan dilakukan Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas, JKDNKA Bukit Aman setelah menerima maklumat awam.

Rokok pelbagai jenama dipercayai rokok seludup dirampas polis. FOTO : JKDNKA
Rokok pelbagai jenama dipercayai rokok seludup dirampas polis. FOTO : JKDNKA

Menurutnya, dalam operasi tersebut seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan dan hasil semakan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah kekerasan.

“Selain rokok, polis turut merampas sebuah lori jenis Daihatsu dipercayai mempunyai kaitan dengan jenayah ini. Keseluruhan rampasan berjumlah RM2.228juta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Acryl Sani berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga Khamis depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan dan Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: