DAP beri peringatan kepada ADUN, Exco

Guan Eng berucap ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DAP Pulau Pinang tadi.
Guan Eng berucap ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DAP Pulau Pinang tadi.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM- Semua wakil rakyat termasuk Exco Pulau Pinang diberi peringatan agar serius dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat dalam PRU14 lalu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco perlu menjalankan tugas dengan baik serta jangan main-main dengan setiap aduan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang sudah memasuki penggal ketiga, ia tidak bermakna barisan pemimpin boleh terus leka dengan kedudukan sekarang.

"Saya mahu beri peringatan kepada semua wakil rakyat dan Exco Pulau Pinang agar jangan main-main. Apabila dilantik menjadi wakil rakyat dan Exco, kita tidak ada pilihan melainkan menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Aduan rakyat perlu diambil berat, kena ada tindakan susulan. Kita nak buktikan DAP tegas dalam tanggungjawabnya kepada rakyat. Kita juga nak buktikan bahawa DAP adalah sebuah parti yang buat kerja. Oleh itu, jangan main-main.

"Peringatan ini untuk parti DAP, tetapi bagi parti lain dalam PH, saya percaya, mereka juga tahu tanggungjawab mereka terhadap amanah yang diberikan," katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DAP Pulau Pinang di sini tadi.

Kira-kira 500 tetamu hadir ke majlis berkenaan yang turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong, beberapa Exco Kerajaan Pulau Pinang dan ADUN dari PH.

Artikel Berkaitan: