Wanita sarat mengandung patah kaki terjatuh sungai

Anggota bomba beri rawatan awal kepada mangsa yang mengalami patah kaki dipercayai terjatuh ke dalam sungai semalam.
Anggota bomba beri rawatan awal kepada mangsa yang mengalami patah kaki dipercayai terjatuh ke dalam sungai semalam.
A
A
A

IPOH - Seorang wanita sarat hamil lapan bulan cedera patah kaki kanan dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kinta di Tanjung Rambutan dari sebuah jambatan di sini, semalam.

Dalam kejadian 9.50 malam itu, mangsa berusia 18 tahun terjatuh ke dalam sungai yang mempunyai kedalaman 0.5 meter selain dipenuhi dengan batu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Fakhrulrazi Johari berkata, sembilan anggota bersama dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, mangsa yang dalam keadaan mengerang menahan kesakitan berjaya dibawa ke tebing oleh suaminya.

Seorang wanita hamil patah kaki kanan selepas dipercayai terjatuh dari sebuah jambatan di Tanjung Rambutan semalam.
Seorang wanita hamil patah kaki kanan selepas dipercayai terjatuh dari sebuah jambatan di Tanjung Rambutan semalam.

“Anggota bertindak memberi rawatan kecemasan awal kepada mangsa dengan memasangkan ‘lower splint board’ pada kakinya,” katanya.

Menurutnya, mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dengan menaiki jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi menyelamatkan mangsa ditamatkan pada jam 10.47 malam. Bagaimanapun pihak bomba masih tidak mengetahui punca wanita berkenaan terjatuh ke dalam sungai tersebut,” katanya.

Artikel Berkaitan: