Istimewa koleksi Alamanda, Karya Anggun, Manja

POH KONG menyuntik kelainan menampilkan untaian ikonik kuih-muih dan kereta lembu pada gelang tangan bercangkuk koleksi Anggun.
POH KONG menyuntik kelainan menampilkan untaian ikonik kuih-muih dan kereta lembu pada gelang tangan bercangkuk koleksi Anggun.
A
A
A

JENAMA barang kemas popular di Malaysia, Poh Kong kembali menawarkan tiga koleksi aksesori yang menyuntik penampilan anggun kaum wanita.

Selain anting-anting dan cincin, rangkaian Poh Kong yang ditubuhkan pada tahun 1976 itu turut menampilkan rantai dan gelang dalam rekaan memukau.

Istimewanya, tiga koleksi yang terdiri daripada Alamanda, Karya Anggun dan Manja tersebut bukan sahaja cantik digayakan ketika menghadiri majlis keramaian bahkan, ideal dijadikan hadiah buat insan tersayang. Berikut ialah perincian setiap daripada koleksi terbabit:

Alamanda

Motif flora sememangnya penyeri kepada koleksi Alamanda. Gelang bercorak bunga sesuai dipadankan bersama rantai yang dihasilkan daripada proses pertukangan halus melibatkan emas 916/22K.

Hadir sama dalam koleksi berkenaan ialah set cincin dan rantai emas rekaan ringkas yang menyerlahkan keperibadian si pemakai.

Karya Anggun

Bagi wanita yang meminati elemen tradisional, koleksi barang kemas Karya Anggun merupakan pilihan tepat kerana mengetengahkan ikonik desa warisan zaman sebagai tarikan utama.

Artikel Berkaitan:

Buktinya, untaian wau bulan dan nasi lemak menjadi pilihan menyerikan set anting-anting manakala gelang bercangkuk pula hadir bersama untaian wau bulan, kereta lembu, daun dan kuih-muih tradisional.

Manja

Perhiasan si kecil kesayangan jangan dilupakan. Serlahkan gaya comel dan keceriaan anak-anak dengan perhiasan cincin, rantai dan anting-anting koleksi Manja yang bertemakan bunga Alamanda.