Timbalan Menteri marah pelobi minta kontrak

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengecam tindakan individu yang melobi kontrak daripada beliau.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai memberi amaran kepada pelobi-pelobi yang memintanya memberikan surat sokongan kepada mereka.

Sementara itu Nie Ching turut menegaskan, bahawa beliau tidak mahu digelar 'Puan Kleptoktrat'.

“Berhentilah daripada mengirim email kepada saya untuk mohon kontrak. Kerana saya tidak akan berbuat demikian.

“Tolong berhenti minta surat sokongan daripada saya, sebab saya tidak akan keluarkan satu pun surat sokongan.

“Kita semua benci Jho Low. Dan oleh itu juga saya tidak berhasrat untuk menjadi Mrs Kleptokrat,” tegasnya menerusi Twitternya.

Dalam pada itu, Nie Ching juga menambah, rakyat Malaysia mengundi PH kerana menginginkan sebuah kerajaan yang bersih, oleh yang demikian tidak perlu wujud lagi situasi lobi-melobi seperti ini.

Artikel Berkaitan: