PGA rampas rokok seludup bernilai RM464,800

Rokok dipercayai rokok seludup ditemui dalam dua buah van semasa pemeriksaan daratan (Road Check points) di Jalan Tawau-Kalabakan Sabah. - FOTO FACEBOOK ESSCOM
Rokok dipercayai rokok seludup ditemui dalam dua buah van semasa pemeriksaan daratan (Road Check points) di Jalan Tawau-Kalabakan Sabah. - FOTO FACEBOOK ESSCOM
A
A
A

SHAH ALAM - Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok pelbagai jenama selepas menahan dua lelaki tempatan di kawasan pemeriksaan daratan (Road Check points) di Jalan Tawau-Kalabakan Sabah sekitar jam 3 pagi kelmarin.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali berkata, ketika kejadian, sepasukan anggota PGA yang sedang melakukan tugas rutin di RCP Kalabakan telah menahan dua buah kenderaan daripada arah Tawau menuju ke Keningau dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua van berkenaan, anggota PGA telah menemui kira-kira 7,620 karton rokok yang dianggarkan bernilai lebih RM464,800 dan dipercayai tidak mempunyai kelulusan cukai Kastam.

Rokok dipercayai tidak mempunyai kelulusan cukai Kastam dirampas PGA. - FOTO FACEBOOK ESSCOM
Rokok dipercayai tidak mempunyai kelulusan cukai Kastam dirampas PGA. - FOTO FACEBOOK ESSCOM

"Turut dirampas dua buah van jenis Toyota Hiace yang digunakan oleh kedua-dua suspek dalam kegiatan penyeludupan berkenaan yang dianggarkan bernilai RM140,000.

"Tangkapan serta barang rampasan kemudian diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hazani berkata, rokok pelbagai jenama itu dipercayai diseludup dari negara jiran untuk diedar dan dipasarkan di daerah Keningau.

Artikel Berkaitan: