Taktik seludup ketum dalam MPV kantoi

Ahmad (kiri) menunjukkan daun ketum dan ubat batuk yang berjaya dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah MPV, malam semalam.
Ahmad (kiri) menunjukkan daun ketum dan ubat batuk yang berjaya dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah MPV, malam semalam.
A
A
A

JELI - Taktik menggunakan kereta mewah jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) oleh dua lelaki warga tempatan untuk menyeludup ketum ke negara jiran, berjaya dikesan polis ketika kenderaan itu melalui jalan Batu Melintang, Jeli di sini malam semalam.

Dalam serbuan jam 7.30 malam itu, kenderaan terbabit ditahan selepas anggota polis Jeli mendapati kereta yang menggunakan cermin gelap itu dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan lanjut terhadap kereta Honda BRV itu mendapati terdapat balutan plastik cerah berisi daun ketum dibungkus dalam plastik sampah hitam seberat 250 kilogram dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,220 bungkus.

Turut ditemui 144 botol ubat batuk yang dimuatkan dalam kotak juga disembunyikan di bahagian bonet belakang kereta itu.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, dua lelaki berkenaan memuatkan kesemua daun ketum dan ubat batuk itu di belakang bahagian tempat duduk ekoran cermin kereta itu gelap dan mahu mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurut Ahmad lagi, hasil siasatan awal mendapati bekalan ketum danubat batuk berkenaan yang diambil dari Alor Star Kedah akan dipasarkan keTak Bai, Thailand.

"Melalui pemeriksaan lanjut kita turut mengesan kedua-dua suspek berumur 31 dan 32 tahun merupakan penduduk tempatan berasal dari Pengkalan Kubor, Tumpat.

"Mereka bekerja sebagai pemandu lori dan seorang lagi peniaga.

Artikel Berkaitan:

"Suspek berusia 31 tahun mempunyai tujuh rekod dadah manakala yang berumur 32 tahun mempunyai empat rekod dadah dan satu rekod jenayah," katanya.

Ahmad juga menambah, salah seorangnya turut positif methamphetamine.

"Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dihukum di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 30(3)Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952.

"Kedua-dua suspek direman bermula semalam, selama empat hari untuk tindakan lanjut.