Dijel 7 bulan, denda RM1,000 curi televisyen

Mohd Sukri dipenjara tujuh bulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mencuri sebuah televisyen bernilai RM830.
Mohd Sukri dipenjara tujuh bulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mencuri sebuah televisyen bernilai RM830.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu kedai makan dipenjara tujuh bulan dan denda RM1,000 kerana mencuri sebuah televisyen bernilai RM830 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Mohd Sukri Ab Rahman, 43, dari Kampung Bukit Kecil, di sini, mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas telah memecah masuk kedai di Bazar Maidam Jalan Bukit Kecil, di sini, sebelum mengambil sebuah televisyen jenama Panasonic milik Wan Zaqwan Wan Abdul Razak, 27, bernilai RM830.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 4 Jun lalu, lebih kurang jam 10 malam hingga 9 Jun, kira-kira jam 9 pagi.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, pemilik kedai hanya menyedari kedainya dipecah masuk selepas mendapati kunci mangga hilang dan pintu grill ada kesan umpil sebelum pemeriksaan dilakukan dan mendapati sebuah televisyen di dalam kedainya tiada dipercayai dicuri. kira-kira jam 9 pagi, pada 9 Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

Susulan laporan polis dibuat pemilik kedai, tertuduh berjaya ditangkap kira-kira jam 12.10 tengahari, Isnin lalu.