Dunia tunggu pengakuan pengganas Christchurch

Pengganas Christchurch turut menyiarkan serangan secara langsung di Facebook.
Pengganas Christchurch turut menyiarkan serangan secara langsung di Facebook.
A
A
A

WELLINGTON - Pengganas kulit putih yang menembak mati 51 jemaah di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac lalu dijangka membuat pengakuan esok, berhubung tuduhan baru dikenakan ke atasnya.

Brenton Tarrant akan didakwa mengikut akta keganasan iaitu kali pertama di New Zealand.

Kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi Christchurch, Cameron Mander yang diedarkan kepada media minggu lalu menyatakan lelaki itu akan membuat pengakuan terhadap pertuduhan itu.

Tarrant, 28, sudah dihadapkan ke mahkamah atas 50 tuduhan membunuh dan 39 cubaan bunuh.

Sebelum ini warga Australia itu enggan menggunakan khidmat peguam dan bertegas mahu membela diri sendiri.

Namun mahkamah melantik seorang peguam iaitu Richard Peters bagi mengendalikan kes itu.

Semasa sebutan awal kes pada 5 April lalu, Tarrant muncul menerusi pautan video dari Auckland, lokasi dia dipenjarakan dengan kawalan keselamatan maksimum.

Dia tidak perlu membuat pengakuan selepas hakim memerintahkan lelaki terbabit menjalani ujian penilaian mental untuk menentukan sama ada dia waras untuk dibicarakan. - Reuters

Artikel Berkaitan: