AS hantar 1,000 tentera tambahan ke Poland: Trump

 Presiden Poland, Andrzej Duda bertemu Trump di Rumah Putih semalam.
Presiden Poland, Andrzej Duda bertemu Trump di Rumah Putih semalam.
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata seramai 1,000 tentera tambahan akan dihantar ke Poland.

Ketika ini terdapat kira-kira 4,000 tentera AS berpangkalan di negara Eropah tersebut.

Trump turut memuji Warsaw kerana menyokong rancangan itu.

Beliau mengumumkan rancangan itu semasa lawatan Presiden Andrzej Duda ke Rumah Putih semalam.

Tahun lalu Poland meminta AS untuk membuka sebuah pangkalan tentera kekal di negara itu.

Ia berikutan kebimbangan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu terhadap kemungkinan tindakan agresif Rusia.

Duda meminta Trump membuka pangkalan kekal tentera AS ketika menghadiri mesyuarat Rumah Putih dan mencadangkan nama ‘Fort Trump'.

Trump berkata beliau bersetuju dengan Duda bahawa Moscow ‘bertindak agresif’ di rantau itu dan berkata permintaan pangkalan itu sedang dipertimbangkan.

Artikel Berkaitan:

Moscow melahirkan kebimbangan susulan laporan permintaan Poland itu. Ia menyifatkan perkembangan NATO ke arah sempadan Rusia menjejaskan kestabilan di Eropah.

Poland menyertai NATO pada 1999 bersama dengan Hungary dan Republik Czech dan sejak itu bekas negara komunis lain, termasuk republik Baltik yang bersempadan dengan Rusia turut menyertai walaupun ditentang Moscow. - Agensi