Lelaki maut motosikal terbabas

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas motosikal dinaikinya terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain dalam kemalangan di Jalan Masai-Kong Kong, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Suprintendan Ismail Dollah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.35 pagi itu, mangsa, Syafiqul Hafiz Salimon, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal dari arah Cahaya Baru menghala ke Scientex.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa cuba untuk memotong sebuah kereta dan lori memasuki laluan sebelah.

“Ketika cuba memotong, tiba-tiba terdapat sebuah lori dari arah bertentangan yang menyebabkan mangsa memasuki semula lorong sebelum terlanggar belakang lori di laluannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata, mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Sultan Ismail untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati laluan itu adalah sistem jalan dua hala

“Ketika kejadian laluan juga kering dengan keadaan trafik yang tidak sesak. Bagaimanapun polis masih mengesan pemandu lori yang terlibat kerana masih belum membuat laporan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.